Sukarnya Menembusi Pasaran Orang Cina

Baru-baru ni, 31 Mei 2007, saya telah diminta oleh pihak PTS Milinnea untuk mempromosikan buku Motivasi Alihan Pelajar di Bookfest@Malaysia anjuran Popular Bookstore.  Ketika masuk ke dewan saya dapati bahagian buku berbahasa Melayu hanya berada di satu sudut yang mengambil kurang dari 5% keseluruhan dewan.  Ruang2 yang lain dipenuhi oleh bahagian buku2 berbahasa Cina dan Inggeris.

Ketika saya memulakan bicara di pentas utama, sambutan amat kurang berbanding sewaktu di Pesta Buku Antarabangsa pada 1 Mei 2007 yang lalu.  Banyak kerusi yang kosong dan orang Cina yang duduk2 pun sekadar berhenti rehat dan bukan bertujuan untuk mendengar.  Promosi yang sepatutnya bermula jam 2.30 ptg dan tamat pada 3.45 ptg terpaksa dihabiskan 30 minit lebih awal.  Tamat sahaja promosi hanya sebuah buku sahaja yang laku dan itupun dibeli oleh satu keluarga melayu yang hadir ketika itu.

Melihat keadaan itu fahamlah saya tentang satu perkara, di Malaysia ni, pasaran buku bahasa Melayu hanya untuk orang Melayu dan pasaran buku berbahasa Cina hanya untuk orang Cina.  Kalau buku saya mahu laku, ia mesti diterjemahkan ke dalam bahasa Cina!

Published in: on June 1, 2007 at 3:43 pm  Comments (1)  

Orang Lain Dah Lama Tahu

Ini saya nak ceritakan satu kisah.  Baru2 ni 17 Mei 2007 saya telah menjalankan kursus motivasi kepada 31 pelajar2 IPT yang ditaja oleh TAPAK – ANGKASA.  Daripada 32 pelajar itu 30 orang pelajar melayu dan seorang pelajar cina.  20 pelajar perempuan dan hanya 12 shj lelaki.  Mereka terdiri daripada pelajar tahun 1 hingga tahun akhir dari pelbagai jurusan dan berbeza universiti.  Motivasi ini dijalankan di Lembah Pongsun, Hulu Langat, Selangor.

Apa yang menariknya ialah, dalam satu sesi tentang menghasilkan Nota Padat saya telah berikan pelajar2 ini sehelai teks dan meminta mereka membuat nota ringkas.  Setelah 5 minit, saya semak nota ringkas masing2 dan hanya nota pelajar cina seorang shj yang lain dari yang lain.  Saya katakan pada pelajar Cina itu, “ini ke kamu cara kamu buat nota?  Nota kamu ni saya tak faham tau..”.  Berderai bunyi gelak ketawa daripada pelajar2 melayu.  Muka pelajar Cina tu terpinga-pinga.  Sebelum dia sempat berkata apa2 saya sambung kata2 saya, “Kenapa kamu semua ketawa?  Biar saya beritahu kamu sebenarnya inilah cara buat nota yang betul dan inilah yang saya nak ajar kamu sebentar lagi.  Dalam menghasilkan nota, orang lain faham atau tidak itu tidak penting yang penting kita FAHAM!  Sebab ini nota kita.. ini nota peribadi kita!  Terdiam semuanya.

Saya tanya pelajar Cina tu dari mana dia belajar cara buat nota sebegitu, dia kata guru tuisyennya masa sekolah dulu yang ajarkan.  Lalu saya kata, “Sebab itulah kamu cemerlang dan pointer kamu 3.98 sebab cara belajar kamu betul, nota kamu betul dan kamu belajar secara OUTPUT!”.

Selepas itu baru saya teruskan dengan slaid2 powerpoint yang telah saya sediakan tentang penghasilan Nota Padat dan semuanya terasa kenapa selama ini mereka tidak tahu.

Begitulah berkesannya kursus yang saya jalankan dan saya pelik kenapa pelajar Melayu yang saya ajarkan RAHSIA ini tidak mahu memanfaatkannya dan berpuashati dengan mendapat keputusan yang markahnya hanya cukup makan.  Sad

Bangsa lain dah lama tahu tentang ilmu dan rahsia kecemerlangan tetapi kita baru sahaja mahu menerokainya.

Published in: on May 20, 2007 at 5:51 am  Leave a Comment  

Buku Motivasi Alihan Pelajar telah diterbitkan

bukumap.jpgBuku Motivasi Alihan Pelajar tulisan Dr. Tengku Asmadi telah diterbitkan oleh PTS Millinnea Sdn. Bhd.  Harganya cuma RM17.50 sahaja dan pastinya ia boleh dibeli oleh golongan pelajar.  Buku ini telah dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa 2007 pada 1 Mei 2007 di PWTC.  Anda boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku ternama seperti MPH dan Popular, atau anda boleh buat pesanan terus dengan menelefon pejabat MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd., 05-3134622 atau 03-22734622.

Buku ini dihasilkan setelah 12 tahun penulis bergelumang dengan dunia motivasi terutamanya Motivasi Alihan Pelajar yang telah dijalankan sejak tahun 1996 dan telah melahirkan lebih 50,000 pelajar di seluruh negara.

Kenapa baru sekarang? Sebab saya percaya apa juga teknik, strategi ataupun pendekatan yang mahu dikongsi-kan lebih bermakna apabila keberkesanannya teruji. Alhamdulillah, setiap strategi serta teknik yang ada dalam buku ini terbukti mampu membantu pelajar cemerlang dalam pelajaran mereka. Setidak-tidaknya cemerlang daripada sudut sahsiah mereka. Ada pelajar sebelum ini yang berada pada kedudukan 40 dalam kelas akhirnya berjaya mendapat tempat ketiga. Ada pelajar dari kedudukan nombor 28 akhirnya berjaya mendapat tempat pertama. Ada juga semasa peperiksaan percubaan PMR sekadar mendapat 1B, 1C, 4D dan gagal dalam subjek Sains dan Matematik akhirnya mendapat 8A. Ada pelajar yang sederhana pencapaiannya akhirnya berjaya masuk ke universiti. Dan banyak lagi kisah-kisah kecemerlangan mereka yang pernah mendapat manfaat daripada ilmu yang ada di dalam buku ini.
Sekiranya mereka dapat berjaya dengan ilmu yang diperoleh daripada buku ini, saya percaya anda juga boleh. Apa yang penting anda manfaatkan setiap saranan, panduan dan strategi yang saya berikan dan insya-Allah belajar menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Isi kandungan buku ini ialah:

Pendahuluan
1. Apa Masalah Pelajar?
2. 13 Rahsia Pelajar Cemerlang
3. Belajar Itu Ibadah
4. Bersedia bagi Cemerlang
5. Prinsip 3 ‘S’
6. Impian dan Matlamat
7. Teknik Visual
8. Lengkok Pembelajaran
9. Suasana Belajar Berkesan
10. Strategi Pembelajaran Aktif (SPA)
11. Gaya Pembelajaran
12. Dua Bahagian Otak
13. Tumpuan adalah Ibu Kecemerlangan
14. Membaca Secara Aktif
15. Nota Berkesan
16. Prinsip Memori
17. Mengurus Masa Belajar
18. Belajar Berkumpulan
19. Sikap
20. 10 Tip Mudah Atasi Malas
21. Persistent
22. Atasi Sikap Bertangguh
23. Mengatasi Mengantuk
24. Mengatasi Masalah Lupa
25. Jaga Pemakanan
26. Persediaan Menghadapi Peperiksaan
Penutup
Biodata Penulis
Bibliografi

Published in: on May 7, 2007 at 10:14 pm  Comments (2)  

Petua 6: Sentiasa Berfikir Mendahului Masa

Semalam jumpa dengan Prof. Aziz Deraman iaitu Dekan di Fakulti Teknologi di UKM yang juga orang Terengganu. Tujuan pertemuan itu sebab nak bincang pasal projek motivasi yang mahu digerakkan oleh sebuah institut yang baru ditubuhkan dibawah Jabatan Perpaduan iaitu IKLIN (Institut Kajian Latihan Integrasi Nasional). Memang banyak celoteh Prof. ni tetapi ada dua perkara yang amat menarik iaitu HOMO dan Berfikir Mendahului Masa. Katanya ini adalah antara perkara yang dia lakukan untuk kekal positif dan cemerlang.

HOMO adalah istilah yang dia gunakan bagi menggantikan SOHO (Small Office Home Office). HOMO bermakna Home Office Mobile Office. Maknanya dia selalu menguruskan hal2 kerja, bisnes dan politiknya dengan menggunakan telefon mobil sahaja. Komputer Notebook pun jarang2 jer guna. Tetapi melalui telefon mobil dia memberikan arahan dan menguruskan segalanya. Dengan cara itu dia boleh siapkan 12 projek dalam satu masa!

Dia juga mengekalkan ketenangan diri dan minda dengan fikir mendahului masa. Misalnya, apabila ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan pada 15 April 2007 maka dia akan fikir don’t worry pada 16 April 2007 perkara ni bukan masalah lagi. Dan dia sentiasa bersemangat menanti tarikh 16 April 2007 itu. Sebab dia tahu pada hari itu dirinya akan merdeka dari masalah tersebut. Katanya dengan cara ini dia dapat kurangkan semua tekanan kerja yang dia hadapi.

Hmmm… satu pendapat yang bernas dari seorang yang bergelar Profesor.

Published in: on March 27, 2007 at 11:51 pm  Leave a Comment  

Petua 5: Berikan Yang Terbaik

Fuhhh….. leganya rasa apabila habis sahaja kursus selama 2 hari di Alor Setar hari ni. Selesai satu tanggungjawab besar yang diamanahkan oleh ibu bapa kepada 179 pelajar-pelajar yang ikuti program Motivasi Alihan Pelajar di sini. Setelah tamat majlis penutup petang tadi ramai ibu bapa yang datang ucapkan terima kasih dan mereka adalah ibu bapa yang pernah menghantar mereka ke program saya sebelum ini. Ada yang kata 2 orang anaknya yang masuk kursus MAP sebelum ini telah berjaya melanjutkan pelajaran ke UIA. Ada bapa yang beritahu saya ini adalah anaknya yang ke-3 dimasukkan ke kursus ini. Anak pertama dan keduanya telah dimasukkan sebelum ini malah anak pertama dulu beliau terpaksa memandu dari Perlis hingga ke pejabat saya di Ipoh semata-mata kerana mahu masukkan anaknya ke program saya. Hati saya cukup tersentuh dengan semua cerita-cerita ini dan terasa syukur pada Allah s.w.t yang telah memberikan saya sedikit ilmu untuk membantu mereka yang memerlukan.

Dalam ramai-ramai orang yang bercerita iu ada sepasang ibu bapa yang menceritakan bagaimana mereka tahu tentang kursus MAP ini. Mereka asalnya pergi ke farmasi untuk membeli vitamin atau pil-pil untuk membantu anaknya yang sentiasa malas, letih dan tidak bermaya ketika belajar. Ahli farmasi tu pula berkata lebih kurang begini pada mereka, “alah… encik tak payah nak beli ubat-ubat ni, yang penting ialah dalaman dan jati diri. Encik pergilah masuk anak ke program Motivasi Alihan Pelajar sebab anak saudara saya dah masuk dan alhamdulillah banyak perubahannya”. Melihat kesungguhan ahli farmasi tu maka ibu bapa ni pun terus minta nombor telefon pejabat saya dan daftar anak mereka. Mereka tanya saya apa rahsia kursus MAP ni? Saya kata, saya sendiri pun tak tahu nak cakap macammana, yang saya tahu cuma satu .. SAYA SENTIASA BERIKAN YANG TERBAIK SETIAP MINGGU APABILA MENJALANKAN PROGRAM MOTIVASI INI. Apabila kita telah lakukan yang tebaik maka saya percaya Allah s.w.t juga akan balas dengan yang terbaik buat kita.

Just always do your very best and forget the rest!

Sekian.

Published in: on March 24, 2007 at 12:52 pm  Leave a Comment  

Petua 4: Sabar Menunggu Hasil

Hari ni saya membawa kenderaan Audi TT sport ke Alor Setar. Ada program motivasi di sini selama 2 hari iaitu 23 – 24 Mac 2007 (Jumaat dan Sabtu). Memandu sorang2 sebegini ada ketikanya memang enjoy cuma hujan agak lebat disesetengah kawasan. Apabila memandu kereta sport sebegini memang tidak terasa letih walaupun perjalanan mengambil masa berjam-jam.

Sambil memandu terfikir saya betapa dulunya saya begitu impikan kereta Audi TT ni. Masa tu rasanya amat mustahil untuk saya memilikinya ialah apa sangat pendapatan seseorang yang sekadar ada Ph.D ni, orang panggil ‘Permanent Head Damage’. I really hate them when they called me like that. But I can’t deny it… if we look around us then we realise that how many Ph.D holder like me that really successful in term of materials. Not many I guess… but please don’t misundertood me because money is not everything. Ada diantara Doktor Falsafah ni yang begitu ‘passion’ dengan kerja, penyelidikan dan penemuan mereka. Pada mereka ia satu kepuasan meskipun sekadar memandu kereta nasional ke universiti.

Lihat, lain orang lain matlamat dan lain cara mereka menilai hidup ini. There is no right or wrong because the most important thing in this life is happiness. Bercakap tentang kereta Audi TT ni, saya memang letakkan azam satu hari saya mesti memiliki dan memandunya. Gambaran itu begitu menghantui fikiran hingga membuatkan saya sanggup berusaha gigih membina empayar perniagaan dalam industri latihan bersama MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd. Pejam celik.. pejam celik… dah hampir 12 tahun rupanya saya berniaga! Dan saya memiliki Audi TT itu sejak 2 tahun yang lepas. Maknanya saya hanya mampu memandu kereta idaman saya setelah hampir 10 tahun berniaga! Betullah kita perlu sabar untuk melihat hasil dari setiap usaha kita. Mungkin bagi sesetengah orang mereka mampu menukar impian kepada kenyataan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja. Tak apalah itu rezeki mereka dan itu cara mereka. Saya tidak kisah walaupun lambat sebab saya perlu seimbangkan antara kehendak dunia dengan keharmonian keluarga, agama, anak-anak, kesihatan, tanggungjawab sosial dan sebagainya. Tak guna pun kalau cepat sangat merealisasikan sesuatu impian sekiranya aspek lain dalam hidup ni tergadai. Yang penting… sabar.. sabar.. sabar.. sabarrr.. sabarrrrr (kata kumpulan Ahli Fikir).

Hingga jumpa lagi.. wasalam.

Published in: on March 22, 2007 at 10:26 am  Leave a Comment  

Petua 3: Jangkakan Kejayaan

Sedarkah anda setiap kali anda mahu lakukan sesuatu perkara maka biasanya ia akan terhasil seperti mana yang anda jangkakan. Jika anda fikirkan kecemerlangan, anda fikir ia boleh dilakukan, maka anda akan cari seribu satu jalan dan anda pasti mencapainya. Biasanya, apabila anda fikirkan kejayaan yang menanti maka anda akan berikan seluruh tenaga, masa, emosi, wang dan fokus untuk menjadikannya suatu realiti. Sebaliknya apabila minda anda diselubungi keraguan, anda tidak 100% pasti, maka tindakan-tindakan semuanya sekadar separuh hati, sekadar cuba-cuba, dan akhirnya anda capai kegagalan. Sebab itulah menjangkakan kejayaan itu penting. Ia memberikan anda kekuatan, keyakinan dan motivasi untuk teruskan perjuangan.

Published in: on March 22, 2007 at 12:08 am  Leave a Comment  

Petua 2: Hati-hati memilih kawan

Ok, anda mahu menjadi orang positif. Kalau begitu lihat dengan siapa anda berkawan hari ini? Apa topik-topik perbualan anda hari ini? Apa aktiviti-aktiviti yang anda lakukan bersama mereka? Orang yang positif biasanya akan bercakap tentang perkara yang membawa manfaat. Kawan yang positif ialah mereka yang membawa kita ke arah kebaikan bukannya keburukan. Peliknya kita ni, seolah-olah susah sangat nak tinggalkan kawan. Kalau dah tahu kawan tu tak guna buat apa tunggu lagi.. Come on! Di luar sana masih begitu ramai mereka yang positif yang mampu menjadi hari anda hari lebih lebih baik dari semalam.

Published in: on March 20, 2007 at 12:38 pm  Comments (1)  

Petua 1: Carilah Ilmu

Petua pertama untuk membina minda yang positif ialah anda perlu tingkatkan ilmu pengetahuan. Semakin berilmu seseorang itu semakin mudah untuk dia mempunya minda yang positif. Oleh itu banyakkanlah membaca artikel, buku-buku, majalah dan sebagainya yang mampu menberikan input positif untuk santapan minda. Hadiri pelbagai seminar dan ceramah. Jangan kedekut duit, anda perlu melabur untuk mendapatkan ilmu. Kalau berpeluang, sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi sebab hakikat menuntut ilmu itu dari buaian hingga ke liang lahat.

Coretan:

Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.D

Published in: on March 20, 2007 at 4:05 am  Leave a Comment  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.